MATLAMAT PERPADUAN YANG DIIDAMKAN

Perpaduan merupakan salah satu aspek penting bagi setiap negara. Matlamatnya adalah agar setiap bangsa dan negara dapat hidup dengan harmoni dan tenteram tanpa perkara yang dapat menggugat keamanan. Rakyat tidak akan dapat hidup dengan selesa dan negara akan bergolak setiap masa akibat tiadanya keamanan. Hal ini dapat dilihat di negara-negara yang bergolak apabila peperangan sentiasa berlaku dan rakyat hidup dalam keadaan bergantung kepada bantuan luar. Kanak-kanak, perempuan dan orang tua menjadi mangsa kebuluran serta hidup dalam serba kekurangan. Daripada yang diterangkan tadi, kita dapat lihat bahawa pentingnya untuk kita membina dan memupuk perpaduan agar menjadi sesuatu budaya dan amalan kehidupan oleh setiap rakyat dalam negara ini. Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharudin,Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan, “Perpaduan sabagai suatu hasrat yang diidamkan adalah sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan. Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaan, keperluan dan detik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat”.

 

DETIK PERPADUAN

Detik perpaduan adalah saat yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Antara detik perpaduan adalah seperti berikut:

lSukan

lFilem

lAnimasi

lKebajikan

lNyanyian dan Lakonan

lKebudayaan

lMakanan

 

i. Sukan

Perpaduan dapat dilihat dalam sukan seperti sukan bola sepak.. Perlawanan bola sepak adalah antara satu daripada detik perpaduan yang jelas dapat dilihat dikalangan rakyat Malaysia apabila semua bangsa tanpa mengira kaum dan keturunan sama-sama memenuhi stadium bagi menyokong pasukan masing-masing. Mereka menyokong pasukan masing-masing tanpa melihata pasukan mereka terdiri daripada kaum dan bangsa berlainan atau tidak. Budaya ini harus diteruskan dan diterapkan dalam setiap generasi rakyat Malaysia agar ia menjadi alat perpaduan utuh ribuan penyokong Harimau Malaya tetap ‘mengaum’ di Stadium Nasional.


Kenalkah anda dengan nama Datuk Lee Chong Wei? Sudah pasti hampir semua rakyat Malaysia mengenal beliau iaitu pemain badminton nombor satu Malaysia. Walaupun Datuk Lee Chong Wei berbangsa Cina, namun semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa menyokong dan meminati setiap perlawanan beliau di setiap pertandingan badminton.

 

Begitu juga dengan sukan-sukan yang lain. Tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun ianya tidak menjadi halangan untuk peminat menonton, menyaksi, dan menyokong setiap aksi yang dipersembahkan kerana pemain sukan bukan bermain untuk diri mereka, malah mereka bermain untuk negara. Begitu juga dengan penyokong, mereka tidak menyokong individu sebagai ahli sukan tetapi menyokong ahli sukan tersebut sebagai pemain yang mewakili negara.

https://images.app.goo.gl/2wiFoySJ6PTRZVHA6  




 

 

ii. Filem

Perpaduan juga wujud dalam bidang perfileman. Semasa membuat filem, pasti ‘set’ di tempat penggambaran penuh dengan krew yang berlainan bangsa dan agama. Dari situ kita dapat lihat perpaduan terhasil. Pelakon iaitu Adam Corrie berkata, “usaha memperbanyakkan filem yang menampilkan kepelbagaian kaum adalah satu inisiatif yang sangat bagus untuk memberi kesedaran kepada rakyat negara ini untuk bersama-sama menjaga perpaduan”.

 

Antara filem yang membawa makna perpaduan adalah filem seperti Ola Bola. Dimana jalan ceritanya menunjukkan tentang semangat kesukanan juga mempunyai pemain yang berlainan agama dan bangsa. Mereka bekerjasama dalam memenuhi impian mereka untuk menjadi pasukan bola sepak yang tekenal di persada dunia.

 

iii. Animasi

Perpaduan dapat disemai dalam diri anak-anak melalui animasi tertentu yang mempunyai unsur keharmonian dan kedamaian. Sebagai contoh, kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali lagi dengan nama gelarannya, Lat, telah banyak menunjukkan watak pelbagai kaum dalam karyanya. Salah satu daripadanya adalah animasi bertajuk Kampung Boy. Dalam animasi tersebut, watak utama dan rakan-rakannya merupakan dari kaum yang berlainan.

 

Selain daripada animasi Kampung Boy, animasi yang bertajuk Upin&Ipin juga turut menggambarkan sifat perpaduan. Sama seperti Kampung Boy juga dimana watak utamanya mempunyai rakan yang berlainan kaum. Dalam animasi ini, kita dapat lihat bahawa jalan ceritanya berlainan setiap episod. Satu episod akan wujudnya sifat keharmonian dan keprihatinan dimana wataknya sentiasa memahami dan membantu antara satu sama lain.




iv.  Kebajikan

Membantu orang yang memerlukan bantuan juga dapat memupuk sifat perpaduan dalam diri. Sebagai contoh, membantu jiran membersihkan halaman rumah walaupun jiran tersebut adalah dari agama dan bangsa berlainan. Contoh lain diambil adalah gotong-royong. Sama seperti contoh yang pertama tadi, namun bergotong-royong ini dilakukan oleh ramai orang yang terdiri daripada kaum yang berlainan.

 

Kita juga boleh membantu dari segi kewangan atau keperluan. Contohnya, memberi bantuan dengan cara menderma ke tabung khas untuk masyarakat yang ditimpa bencana. Memberi keperluan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk memerlukan. 

 

v. Nyanyian dan Lakonan

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai adat resam dan seni warisan untuk menggambarkan identity masing-masing. Ramai penyanyi yang telah mengeluarkan lagu mengenai perpaduan. Antara lagu yang kita selalu nyanyi dari tadika lagi adalah lagu Negaraku. Salah satu lagu yang menunjukkan identiti Negara Malaysia. Apabila lagu ini dimainkan, secara spontan, rakyat akan berdiri menunjukkan bahawa mereka hormat akan lagu tersebut.

 

Penyanyi Malaysia iaitu Zainal Abidin ada mengeluarkan lagu yang bertajuk ‘Ayuhlah’. Menurut Zainal, lagu tersebut dihasilkan untuk mengajak masyarakat untuk menghayati semangat cinta akan Negara dan menyatukan pelbagai kaum. Dari segi lirik, Zainal ada menyelitkan beberapa mesej yang membangkitkan semangat pendengar.

 

vi. Kebudayaan

Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Oleh itu, Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dan cara hidup yang berbeza. Apabila tibanya hari perayaan, semua agama akan meraikannya. Contohnya semasa perayaan Tahun Baru Cina, kita dapat turut menghadiri di majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh orang Cina. Di situ juga kita dapat mempelajari tentang budaya kaum lain.

 

 

vii. Makanan

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman, antaranya

uNasi Lemak

uTeh Tarik

uRoti Canai

uSoto

uBakso

uLaksa Sarawak

uSatay

uChar Kuey Teow

 

LAKSA SARAWAK

 https://images.app.goo.gl/sYuVRxFana9YM8F67


 

CHAR KUEY TEOW

https://images.app.goo.gl/Nw5vGeErpacddPZw6

 

Semua jenis makanan ini dimakan oleh setiap bangsa di Malaysia tanpa mengira rupa dan warna kulit. Hal ini amat baik untuk penyatuan semua bangsa di Malaysia. Semua bangsa dan agama pastinya telah merasa nasi lemak kerana ianya merupakan lambing negara Malaysia, malah negara luar juga turut merasa makanan Malaysia ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bangga dengan kejayaan ini.

 

DETIK PERBEZAAN

1. Sambutan Perayaan

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum. Antaranya ialah

ØMelayu

ØCina

ØIndia

ØIban

ØMelanau

ØKadazan-Dusun

Setiap kaum mempunyai perayaan masing-masing. Oleh itu, dalam perayaan di Malaysia, detik perbezaan dapat dilihat dengan jelas kerana perayaan biasanya berkaitan dengan budaya dan agama pelbagai agama. Tetapi ini tidak dapat dianggap sebagai perbedaan yang mengancam perpaduan negara, kerana setiap budaya dan agama mempunyai ciri khasnya sendiri. Setiap warganegara perlu berfikiran terbuka dan berfikiran terbuka ketika menghadapi perayaan festival sebagai perayaan tahunan semua kaum di Malaysia.

 

i. Melayu

Orang Melayu akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal tahun Hijrah.  Sebulan sebelum Hari Raya Aidilfitri adalah bulan Ramadhan dimana setiap muslim harus berpuasa dari matahari terbit hingga matahari terbenam. Mereka tidak boleh makan dan minum sehingga matahari terbenam.

 

Pada Hari Raya Aidilfitri, Muslim saling bermaaf-maafan dan akan memakai pakaian tradisional yang berwarna-warni untuk berdoa atau mengunjungi saudara-mara dan rakan-rakan,  dan juga untuk mengeratkan ikatan silaturrahim.

 

Asal Hari Raya Aidilfitri

Apabila Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, didapati pada masa itu, masyarakat  Arab Jahiliyah ada menyambut perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada nenek moyang mereka. Terdapat dua jenis perayaan iaitu perayaan Nairuz dan Mahrajan. Pada zaman itu, setiap kaum mempunyai hari raya masing-masing. Rasulullah s.a.w memberitahu orang Arab di Madinah bahawa Islam menggantikan dua perayaan yang mereka rayakan dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri. Kalimah ‘Fitri’ bermaksud kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.


  

 

ii. Cina

Salah satu perayaan yang disambut oleh kaum Cina ialah Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina disambut pada hari pertama setiap tahun mengikut kalender Cina. Terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan dan pesanannya iaitu: 

vTikus

vLembu

vHarimau

vArnab

vNaga

vUlar

vKuda

vKambing

vMonyet

vAyam

vAnjing

vKhinzir

Pada malam sehari sebelum Tahun Baru Cina, ahli keluarga akan berkumpul untuk upacara makan besar. Selepas makan, semua ahli keluarga akan menjalankan upacara ‘shou sui’ kerana mempercayai akan memanjangkan umur seseorang. Pada pukul 12.00 malam, mercun dan bunga api akan dinyalakan bermaksud Tahun Baru Cina bermula. Tahun Baru Cina biasanya berlangsung selama 15 hari.

 

Pada hari Tahun Baru Cina, orang cina akan menziarahi ke rumah saudara mara dan mengucapkan ‘gong xi fa cai’ kepada orang lain. Orang Cina akan memakai pakaian baharu tetapi mengelakkan memakai pakaian yang berwarna hitam kerana bermaksud tidak beruntung. Para penatua akan memberi ‘ampau’ kepada generasi muda yang mewakili berkat kepada generasi muda. Selain itu, mereka juga akan mengajak saudara-mara dan rakan-rakan ke rumah mereka.

 

Asal Tahun Baru Cina 

Legenda mengatakan bahawa di China purba mempunyai seekor raksasa yang disebut ‘nian’. Ia hidup jauh di bawah laut selama bertahun-tahun. Pada malam sehari sebelum Tahun Baru Cina, ia akan naik ke darat untuk makan haiwan dan juga membahayakan nyawa manusia. Ia membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Oleh itu, manusia mencari cara untuk membunuh ‘nian’. Akhirnya, mereka mengetahui ‘nian’ paling takut warna merah, api dan letupan. Sejak itu, pada setiap Tahun Baru Cina, setiap keluarga akan memasang kopet merah dan menyalakan mercun.

 

 




 

 

iii. India

Perayaan yang disambut oleh kaum India ialah Deepavali. Deepavali adalah perayaan Hindu yang bermaksud "menghalau kegelapan dengan cahaya dan mengalahkan kejahatan dengan kebaikan".

    

Seperti orang Cina, mereka juga akan mengunjungi ke rumah saudara-mara dan rakan-rakan. Namun, mereka akan pergi ke kuil untuk berdoa dahulu sebelum pergi ke rumah para penatua.

 

Untuk menyambut Deepavali, orang India akan melakukan pembersihan umum untuk membersihkan kediaman mereka. Keluarga India juga akan membeli beberapa lampu atau hiasan yang dirancang secara unik berdasarkan corak pencahayaan untuk menghias rumah.

 

Untuk meraikan Deepavali, orang India juga akan memakai pakaian baharu. Lelaki memakai Jippa manakala wanita memakai pakaian gaya Sari atau Punjabi. Gadis kecil biasanya memakai Pavadai. Seperti orang Cina, orang India juga mengelakkan memakai pakaian hitam pada Hari Deepavali, kerana ini adalah warna yang tidak beruntung.


Asal Deepavali

Legenda mengatakan bahawa pada zaman dahulu, ada iblis Narakasura di India. Di bawah pemerintahannya, kehidupan manusia sangat menyakitkan, dan manusia tidak mempunyai mata pencarian. Kemudian, dewa Tuhan Khrishna membunuh raja iblis yang jahat untuk rakyat. Ramai orang sangat gembira, dan mereka menyalakan lampu untuk meraikannya. Sejak itu, orang menganggap hari ini sebagai Deepavali, memuji semangat "Kejahatan tidak dapat mengatasi kebenaran".

 

 

 

 2. Jenayah

Definisi jenayah merupakan satu perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang negara. Pada era globalisasi ini, kes jenayah semakin meningkat di negara kita. Hal ini amat membimbangkan rakyat Malaysia. Kita sering menerima berita-berita mengenai kes jenayah yang baru melalui di televisyen, media sosial dan juga surat khabar seperti mencuri, merompak, membunuh, merogol dan sebagainya Apakah persoalan yang akan timbul di pemikiran kita ketika itu? ‘Apa yang membuatnya melakukan kejahatan?’, ‘Siapa mangsa dan bagaimana keadaannya sekarang?’,  ‘Adakah penjenayah itu berjaya menangkap atau melarikan diri?’ atau ‘Bangsa apa penjenayah itu?’. Jika persoalan pertama yang timbul di pemikiran kita adalah ‘Bangsa apa penjenayah itu?’, ini adalah satu sikap yang salah kerana jenayah tidak ada kaitan dengan bangsa.

 

Setiap bangsa dan agama akan mempunyai orang yang melakukan kesalahan, oleh itu, kita tidak boleh menggunakan bangsa dan agama penjenayah untuk menentukan suatu bangsa dan agama adalah baik atau buruk. Sebaliknya, jika seseorang mempunyai jati diri yang kuat dan pegangan agama yang kukuh, maka tidak akan berlaku perlanggaran had yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Oleh itu, kita sebagai warganegara haruslah patuh kepada setiap peraturan dan undang-undang kerana hukuman tidak dijatuhkan mengikut agama dan bangsa, namun ianya dijatuhkan berdasarkan tahap jenayah yang kita lakukan.

 

  

3. Tempat Kerja

Isu tempat kerja tidak harus timbul sebagai salah satu detik perbezaan yang akan menggugat perpaduan kaum memandangkan pekerjaan tidak terikat kepada bangsa, kaum, dan agama. Sebagai majikan, mereka boleh mengiktiraf pekerjanya tanpa mengira kaum dan agama. Oleh itu, pekerjanya akan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih teliti dan amanah. Secara tidak langsung, para pekerja akan berasa lebih adil dan selesa semasa bekerja.

 

 

  

4. Pengebumian

Pengebumian mempunyai kaitan dengan anutan agama seseorang. Dasar pengebumian Malaysia adalah berdasarkan pada teisme dan menganggap kematian sebagai urusan agama yang ditangani oleh semua etnik dan agama secara bebas. Di Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama, dengan itu wujudlah upacara dan pantang larang pengbumian yang berlainan.

 

i. Melayu

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati apabila berlaku kematian ialah memberitahu kepada tok imam agar dapat menuliskan nama si mati, masa dan tempat pengebumian di papan kenyataan secepat mungkin. Pada masa yang sama, memberitahu kepada saudara-mara, rakan dan jiran. Biasanya, si mati akan dikebumikan dalam masa 24 jam dari masa kematian.

 

Pantang Larang Kematian

Pantang larang dalam pengebumian orang Melayu ialah:

²Tidak boleh bercakap kuat

²Kubur tidak boleh ditembok dan ditulisi

²Tidak boleh mamagar kawasan kuburan dengan pagar besi yang terlalu mahal

²Tidak boleh duduk di atas kuburan

 

 

ii. Cina

Orang Cina memberi perhatian kepada feng shui ketika memilih perkuburan kerana berfikir feng shui yang buruk di tanah perkuburan akan memberi kesan buruk kepada generasi muda. Si mati akan dipakaikan dengan pakaian tradisional dan akan dikebumikan pada hari ketiga atau kelima setelah kematian. Orang Cina akan membakar wang kertas, rumah kertas, kereta kertas dan pelbagai jenis barang yang dibuat oleh kertas kepada si mati. Selepas itu, semasa setiap festival orang Cina, ahli keluarga si mati akan menyembah si mati.

 

Pantang Larang Kematian

Pantang larang yang paling biasa di pengebumian dan masa berkabung Cina adalah:  

²Tidak menziarahi saudara-mara dan rakan-rakan

²Bermain dan berhibur

²Menghadiri majlis perkahwinan dan pengebumian orang lain

 

Kurangkan hiburan sosial dan luahkan kesedihan dengan tingkah laku. Masa berkabung orang Cina lalu adalah tiga tahun tetapi sekarang hanya perlu berkabung satu tahun. Selain itu, tidak boleh memakai baju yang berwarna hitam, merah dan warna terang yang lain ketika menghadiri majlis pengebumian.

 


 

iii. India

Masyarakat India mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh. Mayat akan dibakar atau dikebumikan dalam masyarakat India.


Pantang Larang Kematian

Pantang larang kematian orang India yang pertama ialah tetamu yang datang perlu memakai pakaian berwarna putih atau cerah. Selain itu, semua perhiasan dalam rumah akan ditutup dengan menggunakan kain putih. Seterusnya, ahli keluarga si mati tidak boleh meraikan sebarang sambutan dan majlis dalam masa setahun.

 

 

 

Rujukan

Raiham, M. S. (2020). Kukuh Perpaduan Melalui Filem. Retrieved 15 Januari, 2020. https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/65951.

 

Jefri, S. S.(2019). Hayati Semangat Cinta Negara. Retrieved 07 Ogos, 2019. https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/483528/amp.

 

Mustaffa, M., MD. Radzi, M. B., Ghazali, N., Wan Othman, W. M. T., Ahmat, M. F., & Balya, M. T. (2020). Penghayatan etika dan peradaban. Perpustakaan Negara Malaysia.

 

Jamin, M. S., & Ali, A. (2019). Detik Perpaduan. Jabatan Penerangan Malaysia.

 

Mohd, S. (2018). Pengertian ‘Hari Kemenangan’ @ Hari Raya Aidilfitri. Retrieved 13 Jun, 2018. http://canselori.umt.edu.my/?p=5897 

 

Mulkan, J. A. (2010). Asal Usul Hari Raya. Retrieved 09 Ogos 2010. https://www.scribd.com/document/35574249/Asal-Usul-Hari-Raya

 

Buang, N. H. S. (2010). Pengebumian Di Malaysia. Retrieved 21 Ogos 2010. http://grp33.blogspot.com/2010/08/adab-adab-dan-pantang-larang-dalam.html?m=1

 

http://www.jkkn.gov.my/ms/hari-raya-aidilfitri-0 

 

https://sites.google.com/site/perayaandimalaysia/home/sejarah-hari-raya-aidilfitri 

 

https://sites.google.com/site/httpsmasyarakatmelayucom/home/adat-resam-masyarakat-melayu/kelahiran/perkhawinan/ke matian

 

https://baike.baidu.com/item/%E5%B1%A0%E5%A6%96%E8%8A%82 

 

Ulasan